Gambar: Koleksi peribadi
Penghujung Oktober lepas saya berpeluang bercuti ke Seoul, Korea. Percutian itu memang tidak dirancang dari awal dan tawaran itu datang secara tiba-tiba sahaja. Itulah rezeki namanya. Oleh sebab ia tawaran mendadak, maka saya menyerahkan sepenuhnya tentang tempahan penginapan dan tour kepada rakan saya (asalnya kami bercadang pergi berempat, tetapi suami menarik diri di saat akhir kerana hal yang tidak dapat dielakkan). Pada hari saya berlepas, barulah saya mencari money changer untuk menukar duit. Pada mulanya memang saya tidak faham bagaimana tukaran wang Korea (Korean Won =
Rezeki yang Allah nak beri datang berbagai-bagai cara. Kami cuba buat self-check in di KLIA. Setelah beberapa kali percubaan, kami gagal melakukannya. Mesin meminta kami ke kaunter. Pegawai memaklumkan ada masalah kerana kapal terbang penuh (Hah?!) dan kerana itu kami terpaksa dipindahkan ke Business Class (Wow! Tapi kami maintain cool saja dan senyum-senyum sesama sendiri). Yalah.. apabila di Korea kita menjadi jutawan jadi kenalah naik kelas bisnes.
Tidak rugi naik MAS.. Biasanya kelas ekonomi boleh dinaik taraf ke kelas bisnes dengan sedikit bayaran. Rezeki kami, ianya percuma sahaja. |
Perjalanan ke Seoul memakan masa selama 6 jam 15 minit. Dengan layanan mesra dan tidur yang selesa (boleh baring..) perjalanan jauh itu tidak begitu terasa. Sedar-sedar kami sudah tiba di ruang udara Seoul. Tiga hari pertama kami menggunakan khidmat tour guide. Pemandu pelancong kami orang tempatan yang lahir di Seoul dan fasih berbahasa Inggeris. Mungkin biasa melayan pelancong Malaysia, dia juga boleh bertutur sepatah-sepatah perkataan Melayu seperti perkataan makan, sedap, cantik. Dan yang menariknya, dia tahu waktu-waktu solat seperti zohor dan asar. Yikshun menyambut kedatangan kami di airport. Percutian bajet ini banyak menggunakan public transport. Kami diberikan kad T-Money yang setaraf dengan kad touch&go di Malaysia. Dengan T-Money kami boleh menaiki semua pengangkutan awam di Korea kecuali teksi. Dari airport kami menaiki bas ke hotel. Hotel kami terletak di kawasan Myeongdong maka bas yang dinaiki bernombor 6011. Tambang sehala ialah
Perjalanan dari airport ke Myeongdong selama 1 jam lebih. Jutawan Korea ini mampu naik bas sahaja.. :)
Bersambung ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan