Sumber gambar: carian google
Artikel ini saya dapati ketika membaca sebuah majalah perubatan di sebuah hospital. Sambil menunggu giliran bertemu doktor, saya terbaca artikel yang bertajuk "Will you live to 100?". Ramai orang (atau lebih tepat, semua orang!) inginkan umur panjang. Setiap selepas solat, pasti kita berdoa agar Allah SWT panjangkan umur kita, supaya kita lebih banyak masa untuk bertaubat dan melakukan amal ibadah sebagai bekal ketika di alam akhirat kelak. Berdoa untuk panjang umur bukanlah bermakna kita seronok sangat hidup di dunia ini. Jika panjang umur tetapi banyak melakukan dosa pun tidak bagus juga. Bagi saya, bersyukur dengan nikmat hidup di dunia dan pada masa yang sama bersedia untuk hijrah yang pasti.
Okey, berbalik pada tip panjang umur itu, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh pengkaji Barat terdapat lapan faktor untuk seseorang itu panjang umur. Lebih menarik lagi, dikatakan 1 daripada 10,000 orang mempunyai peluang untuk panjang umur berdasarkan faktor-faktor tersebut.
Pertama, jika anda mempunyai saudara yang panjang umur. Mengikut New England Centenerian Study yang dijalankan oleh Boston University School of Medicine sekurang-kurangnya separuh daripada mereka yang mempunyai ibu bapa atau nenek moyang yang hidup melebihi umur 90-an juga akan hidup lama. Selepas ini bolehlah balik kampung, tengok ada atau tidak datuk nenek kita yang panjang umurnya. Jika mereka panjang umur mintalah tip-tip bagaimana mereka mengekalkan kesihatan. Pasti ada tip berguna yang boleh dikongsi.
Biar tua, tetapi gembira .... |
Ketawa juga membuatkan hati sentiasa muda .. |
Kerisauan boleh mendatangkan penyakit .. |
Keempat, jika seseorang itu mampu berjalan jauh dengan cepat, risiko kematiannya adalah rendah. Kajian Universiti Pittsburgh terhadap 35,000 warga emas berusia 65 tahun ke atas mendapati bahawa kadar kematian berkurang 12 peratus setiap kali pecutan meningkat 0.1 meter per saat. Kajian oleh Journal of the American Medical Association pula mendapati individu berusia 70 - 79 tahun mampu berjalan suku batu atau lebih kurang menghadapi risiko penyakit dan mampu hidup hingga 6 tahun lagi.
Amalkan berjalan pantas untuk panjang umur. |
Untuk tip ke-5 hingga 8 memang sesuatu yang agak menarik juga untuk diketahui, terutamanya jika anda seorang perempuan. Walau bagaimanapun saya akan kongsikan dalam entri yang akan datang.
Selamat berhujung minggu ..
Dapatkan Transfer Factor Plus yang berupaya meningkatkan daya imun sebanyak 437 kali ganda. Daya imun yang tinggi mampu mencegah jangkitan penyakit. Untuk maklumat lanjut dan tempahan klik di sini.
Thanks for info :)
BalasPadamNonton film subtitle english