Setiap hari adalah hari untuk belajar. Guru ada di mana-mana. Lihat, pelajari dan amalkan.
Ahad, 21 Julai 2013
Apa tugas Editor?
Ketika saya mula masuk kerja dahulu, yang saya tahu tugas editor ialah mengesan kesilapan typo dan membetulkan ayat dalam buku. Apabila sudah memasuki alam pekerjaan sebagai editor, rupa-rupanya tugas editor lebih daripada menyunting. Suntingan menjadikan sesuatu bahan lebih sedap dan lancar dibaca. Yang penting, bahan yang disediakan oleh penulis perlu disunting untuk memudahkan pemahaman. Sesetengah penulis pandai dalam ilmunya, tetapi tidak tahu hendak menyampaikan idea dengan lancar. Kadang-kadang ayat yang disampaikan seperti ayat 'bercakap' yakni menggunakan bahasa pertuturan. Menjadi tugas editorlah untuk menyedapkan ayat dan memastikan ilmu yang hendak diberikan dapat disampaikan dengan jelas dan lancar. Ayat pula tidak boleh berjela-jela. Sesetengah buku, point hanya satu tetapi dikembangkan dengan penjelasan ayat yang panjang. Pusing-pusing, balik-balik sebenarnya point yang sama juga. Saya tidak faham kenapa semestinya demikian. Mungkin tujuannya hendak memperbanyak kandungan buku supaya buku lebih tebal. Atau mungkin juga untuk meningkatkan pemahaman pembaca. Jadi, editor sebenarnya ialah 'gatekeeper' sesebuah buku. Sebelum orang lain baca, editor baca dulu. Sekiranya anda ingin menerbitkan buku, sebelum menghantar ke mana-mana syarikat penerbitan, eloklah meminta seorang rakan membaca dulu karya anda. Mungkin dia akan perasan bahawa karya itu tidak lancar atau ayat anda sukar difahami.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan