Hari ini saya berkesempatan melawat Home Renovation Expo di PWTC. Oleh sebab saya bercadang hendak pindah ke rumah baharu, jadi saya perlu mendapatkan sebanyak mana maklumat dan sebut harga untuk kabinet dapur, wardrobe, dan sebagainya. Di samping itu bolehlah juga menjamu mata dengan inovasi terbaru hiasan dalaman.
Setiap tahun saya memang akan ke PWTC kerana di situlah pesta buku terbesar di Malaysia diadakan. Ia memang destinasi wajib bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia pebukuan. Sudah berbelas tahun saya ke sana pada setiap kali pesta buku, PWTC akan dipenuhi dengan pengunjung Melayu hampir 90%, sedikit kaum Cina, dan sangat jarang kelihatan kaum India. Mungkin disebabkan komposisi penduduk negara kita yang lebih 60% terdiri daripada bangsa Melayu. Atau mungkin juga disebabkan kedudukan PWTC dan sifat PWTC sendiri yang dimiliki oleh UMNO, maka pengunjung bangsa lain kurang datang. Namun, sebaliknya di pesta buku Mines dan Popular di KLCC misalnya, bangsa Melayu akan menjadi kumpulan minoriti pula. Pada ekspo kali ini keadaan sebaliknya berlaku. Ekspo dibuka pukul 11 pagi hingga ke 9 malam, bermula 1 November 2013 dan berakhir pada 3 November 2013. Saya datang seawal jam 11 pagi, sebaik sahaja ekspo dibuka untuk hari kedua. Pengunjung boleh tahan ramainya, tetapi tidaklah seramai pengunjung pesta buku. Jika pesta buku, jam 11 pagi orang sudah berpusu-pusu datang, terutamanya hujung minggu. Pengunjung pula kebanyakannya Cina, boleh dikatakan 90%. Tidak kelihatan orang India di pandangan mata saya kerana mungkin mereka sibuk dengan sambutan Deepavali.
Pengunjung Home Expo di pintu masuk. |
Saya memang mencari set dapur elektrik dan hood untuk rumah baru. Terpegun juga dengan penerangan salesgirl yang bersungguh-sungguh dan nampak ikhlas. Mereka juga mengetahui kelemahan pesaing untuk dijadikan senjata jualan mereka. Saya berhenti di dua buah booth yang menjual dapur. Di situ sahaja banyak masa dihabiskan untuk melihat demo penggunaan dapur dan hood. Memang banyak perkara baru yang dipelajari. Maklum sahaja, sudah bertahun-tahun tidak menukar dapur.
Selepas ke booth dapur, saya bergerak ke booth yang menawarkan kabinet dapur dan wardrobe pula. Di situ juga saya 'berkenalan' dengan material baru untuk kabinet dapur seperti 3G dan 4G serta aluminium yang dibentuk seperti nyatoh. Pelbagai teknik terkini terdapat dalam pembinaan kabinet. Pilihlah mengikut citarasa dan budget. Jika rasa tidak banyak budget, pilihlah yang biasa tetapi dengan design terkini. Selepas beberapa tahun nanti kita boleh menukar pada design terbaru dengan material baru tanpa rasa bersalah. Di bahagian ini saya dilayan oleh salesman Melayu. Bukan untuk merendahkan bangsa, saya lihat mereka tiada kesungguhan. Jika bertanya lebih sedikit, jawapan mereka seperti hendak marah. Apa salahnya menjawab dengan bersungguh-sungguh, jadi pelanggan akan rasa selesa dan seronok. Ada juga sales person yang tidak menyapa potential buyer. Perlu diingat, pengunjung yang datang pasti mencari sesuatu, terutamanya yang datang tanpa membawa anak-anak. Itu bermakna mereka serius untuk membuat pilihan, bukan setakat jalan-jalan sahaja. Jangan hanya berdiri umpama patung memperagakan flyers atau brosur.
Selepas empat jam berjalan-jalan, kami pulang membawa flyers sahaja :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan