Teks: Rozida Ismail
Sejak kebelakangan ini sudah menjadi trend novel diadaptasi menjadi drama bersiri TV. Mungkin kerana novel sudah ada pengikutnya tersendiri maka lebih mudah untuk menarik penonton mengikuti drama pula. Ditambah pula semakin ramai pelakon muda jelita dan handsome memainkan watak utama, jadi drama ini sudah menjadi kegilaan ramai pula. Tajuk drama pula sedikit berlainan, kurang nilai seni bahasanya, kadang-kadang menggunakan bahasa Inggeris. Tidak dinafikan itulah kemahuan orang zaman sekarang jadi terpaksalah diikut oleh penerbit dan pengarah drama. Mungkin pada aspek bahasa, seninya kurang tetapi dari sudut sinematografi atau teknik penceritaan seninya ada kemajuan. Seni orang dulu tinggi pada bahasanya tetapi kurang pada sudut penggambarannya. Itu pendapat saya.
Trend mengadaptasi novel ke drama/ filem ini merupakan sesuatu yang harus diterima baik kerana ianya meluaskan pasaran harta intelek penulis. Namun, harus diingat bahawa setiap penulis mempunyai hak mereka sendiri. Jangan pula satu hari penulis merasakan karyanya diciplak oleh orang lain. Sebenarnya ada tiga cara bagaimana hendak melindungi harta intelek seseorang penulis sekiranya diciplak. Perkara ini harus dilakukan sebaik sahaja anda habis menulis dan ingin menghantar karya untuk diterbitkan. Pertama, bawa karya anda menemui Pesuruhjaya Sumpah dan buat akuan bersumpah. Kedua, pos karya anda menggunakan pos berdaftar ke alamat amda sendiri. Jangan sesekali dibuka bungkusan itu. Ketiga, daftar karya di pemberitahuan sukarela MyIPO. Pendaftaran boleh dibuat atas talian dengan bayaran serendah RM45. Layari website MyIPO untuk mendapatkan keterangan lanjut. Ketiga-tiga cara ini nerupakan bahan bukti sah di mahkamah dan karya anda akan dilindungi. Pilihlah mana-mana cara yang anda rasakan mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan