Hari ini saya ingin bercerita tentang evolusi media hiburan. Jika anda lahir pada zaman saya, pastinya masih kenal pada piring hitam. Ketika itu piring hitam hanya mengeluarkan suara sahaja, tidak boleh ditonton. Sebenarnya pada zaman P. Ramlee lagi piring hitam sudah popular. Cuma media untuk memainkannya saja yang berbeza. Orang dulu menggunakan gramophone. Untuk memainkannya, perlu memutar secara manual.
|
Gramophone. Yang di tengah itu ialah piring hitam. |
Selepas gramophone, radiogram pula diperkenalkan. Saya masih ingat lagi, ketika berada dalam Darjah 3, jiran saya memang suka memainkan radiogramnya kuat-kuat. Memang boleh didengari jiran-jiran sekeliling. Lagu yang popular ketika itu ialah lagu Broery Marantika. Saya tumpang menikmati sahaja kerana di rumah saya hanya ada sebuah radio kecil. Suaranya pula tidaklah kuat, sekadar boleh didengari dalam rumah sahaja.
|
Contoh radiogram. Mempunyai satu radiogram merupakan kebanggaan
pemiliknya kerana harganya yang mahal. Radiogram masih menggunakan piring hitam. |
Selepas itu, ada pula kaset. Saiznya kecil sahaja. Pemain kaset pula pelbagai jenis. Kaset masih ada sehingga kini walaupun sudah kurang digunakan.
|
Kaset TDK ini memang popular. Kaset mempunyai tempoh putaran sama ada 60 minit atau 90 minit. |
|
Pemain kaset. Model ini boleh didapati dengan harga RM20 sahaja. |
|
Jenis ini agak popular kerana kecil dan ringkas. |
Selain kaset, terdapat juga katrij. Saiznya memang besar dan untuk menyimpannya juga menjadi satu kemusykilan.
|
Contoh katrij dan pemain katrij. Rakaman video perkahwinan saya disimpan dalam bentuk katrij. |
Untunglah zaman sekarang telah diperkenalkan dengan CD dan DVD. Maka ruang penyimpanan bukan menjadi satu masalah lagi. Tetapi manusia memang tidak pernah berpuas hati. Untuk lebih mudah, diperkenalkan pula MP3 dan sekarang MP4 untuk menyimpan banyak lagu dalam satu peranti yang kecil. Selepas itu apa pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan