Baru-baru ini saya terjumpa iklan transfer factor (TF) di facebook dan berhasrat untuk membelinya. Saya dihubungi oleh agen TF dan kami bertemu di sebuah pusat beli belah. Dari situ saya terus menjadi ahli dengan niat untuk mendapat bekalan suplemen dengan harga yang lebih murah.
Mengapa saya memerlukan TF? Seperti yang saya maklumkan dalam entri pengenalan diri, saya masih menghadapi masalah kesihatan. Selepas berubat selama lebih 7 tahun, saya masih belum bebas daripada penyakit tersebut sepenuhnya. TF merupakan agen untuk meningkatkan imunisasi diri. Jadi walau pun saya menjalani rawatan, namun setiap rawatan itu melemahkan antibodi saya. Oleh itu, saya perlu mencari sesuatu suplemen bagi membaik pulih antibodi dan sistem imunisasi saya yang telah dirosakkan. Apatah lagi dikhabarkan bahawa dengan mengambil dos rawatan yang tinggi, saya berpotensi mendapat penyakit lain pula. Insya Allah, saya akan kongsikan apa yang telah saya lalui semenjak disahkan menghidapi masalah kesihatan tersebut untuk panduan semua orang. Setiap musibah yang menimpa ada hikmahnya. Kita perlu positif menangani segala masalah yang ada.
Setelah menjadi ahli, saya diminta hadir ke HQ untuk mendengar penerangan tentang kebaikan produk tersebut daripada yang pakar. Sementara menunggu kedatangan hadirin, saya sempat berbual dengan dua orang jejaka yang turut hadir pertama kali seperti saya. Daripada pengalaman mereka, TF sangat berkesan untuk resdung dan gout. Mereka telah mencubanya ke atas diri sendiri.
Sesi malam itu dimulakan oleh seorang peguam yang telah menjadi agen selama 3 tahun. Beliau menerangkan tentang kebaikan TF berdasarkan kajian saitifik. TF merupakan ekstrak kolestrum dari susu awal lembu dan kolestrum kuning telur ayam (bagi haiwan yang tidak menyusukan anak). Kolestrum inilah yang meningkatkan daya imunisasi. Pengambilannya meningkatkan 700 kali ganda daya imun berbanding produk kesihatan yang lain. Apabila fakta-fakta yang diberikan disokong oleh kajian saintis dan pakar, produk ini nampak begitu meyakinkan. Saya akan mencuba sendiri dan melihat hasilnya. Pada malam itu juga, ada seorang mak cik berusia 68 tahun yang baru sebulan menjadi agen berkongsi pengalamannya dalam perniagaan ini. Beliau hanyalah seorang suri rumah. Pengalaman beliau membuktikan sesiapa sahaja boleh berjaya tanpa mengira usia, pendidikan dan kedudukan.
Bagi saya, apa pun produk yang hendak dijual eloklah mencubanya sendiri terlebih dahulu. Jika kita sendiri merasai akan keberkesanannya, bolehlah dikongsi dengan pelanggan kita dengan lebih yakin lagi.
Transfer Faktor merupakan supplemen yang membantu meningkatkan daya imunisasi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan