Assalamualaikum,
Saya sebenarnya tiada masalah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tetapi, di hospital pantangnya terlalu banyak, sehingga saya tidak lalu makan kerana pagi petang siang malam disogokkan dengan menu yang sama. Sehingga terbau sahaja makanan itu, tekak saya terasa mual dan hendak muntah. Terpaksalah menyuap buah sahaja (itu pun setiap hari hanya tembikai sahaja dihidangkan!) bagi mengisi perut yang lapar. Dugaan ... Tetapi saya menerimanya dengan reda. Segala yang diberi Allah SWT pasti bersebab. Nasib baik juga kita sebagai umat Islam telah diajar berpuasa dan kita baharu sahaja selesai menjalani ibadah puasa. Perut sudah biasa bertoleransi dengan kelaparan. Namun ada satu lagi masalah, badan saya masuk angin sehingga menjadikan saya lemah. Pulang ke rumah, saya cuba bersenam tetapi hendak bersenam pun tidak berdaya kerana sakit-sakit badan. Saya menggoogle, mencari petua untuk menghilangkan angin di badan. Antara petua yang saya jumpa ialah petua Saidina Ali. Katanya cium epal dan makanlah epal itu. Saya belum berkesempatan lagi melakukannya.
Akhirnya saya ternampak teh herba 4life yang belum sempat saya cuba. Maklum sahaja, ketika membeli pakej supplemen 4life, saya mesti berpantang daripada mengambil makanan herba. Jadi saya tangguhkan dahulu pengambilannya. Semalam saya sudah tidak keruan, saya mesti membuang angin dalam badan kerana badan saya semakin lemah. Akhirnya saya mengambil seuncang teh herba itu, dicelup ke dalam air panas selama 4 - 6 minit dan minum selepas makan malam. Awal pagi perut sudah memulas, minta dikeluarkan segala isinya. Alhamdulillah, apabila semuanya telah dikeluarkan badan terasa segar semula.
Teh herba 4life, banyak khasiatnya. |
Sebenarnya antara fungsi utama teh ini ialah menyahtoksin dan mencuci sistem pencernaan kita. Saya dapat merasakan kelegaan sistem pencernaan saya. Semua gas yang meresahkan keluar (maaf ya ..). Teh ini juga boleh mengawal berat badan kerana ia mampu membantu menyerap nutrien dengan baik. Lebih penting daripada itu, ia juga memperbaik sistem imunisasi diri kita. Seperti saya, rawatan yang dijalani merosakkan segala yang buruk dan baik pada badan. Jadi, saya memang memerlukan supplemen untuk memperbaiki mana yang telah dirosakkan. Insyaa Allah, berusaha, berikhtiar dan bertawakallah untuk mengembalikan kesihatan. Setiap penyakit ada ubatnya.
Teh ini juga mengandungi epal hijau. Seperti petua Saidina Ali, cium dulu dan kemudian makan epal untuk membuang angin, saya fikir petua itu memang tepat. Mari kita cuba sama-sama dan kongsikan hasilnya. Barulah anak-anak tidak menjadi mangsa angin satu badan!
Jika anda ingin mencuba teh herba 4life ini, bolehlah hubungi saya menggunakan kotak Order Form di sebelah entri ini.
Jumpa lagi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan