Assalamualaikum
Sudah menjadi satu rutin pula sejak lapan tahun lepas saya perlu menjalani rawatan di hospital dan akan bermalam di sini sekurang-kurangnya dua malam. Mujurlah ada peralatan canggih yang boleh menemani ketika kebosanan. Awal-awal dulu saya selalu membawa laptop untuk menyiapkan penulisan novel pertama. Juga, banyak kerja ofis yang turut dibawa kerana bimbang tiada apa yang hendak dibuat nanti. Selalunya saya akan membawa beg bersaiz 20 untuk mengangkut barang-barang keperluan. Seolah-olah bermalam di hotel. Sekarang saya cuba meminimumkan barangan, hanya membawa handphone sahaja kerana di handphone juga sudah boleh menaip apa sahaja, termasuk dokumen. Oleh itu, satu 'shopping bag' sahaja sudah memadai. Matlamat saya selama 3 hari 2 malam ini ialah menyudahkan bacaan novel Norhayati Berahim 'Dari Milan ke Maran' setebal 1029 muka surat (tidak termasuk muka surat iklan) dan juga mengemas kini blog. Selain itu, jika agak jemu dengan dua perkara ini, mungkin saya menonton drama Melayu di youtube (semalam sudah menonton 'Jujur Saya Dayus' ~ lebih kurang begitulah tajuknya). Maklum sahaja, selalunya saya tidak berkesempatan menonton TV (atau mungkin terlalu banyak saluran sehingga drama ini tertinggal). Lagipun menonton di youtube bebas iklan. Jika di TV terpaksa bersekang mata sehingga jam 12 malam untuk mengetahui kesudahannya. Di bilik ini bukan tidak ada TV, tetapi skrin terlalu kecil dan diletakkan tinggi, jadi memang tidak puas untuk menonton.
Novel ini baru dibaca separuh. |
Tetapi bukan untuk dijual, sekadar suka-suka. Kebetulan memang menulis adalah minat saya, jadi tidak salah berbuat demikian walau pun saya bukan orang ternama yang biografinya ditulis oleh orang lain. Sebenarnya memang saya suka membaca genre biografi kerana pengalaman sebenar itulah lebih berkesan daripada fiksyen yang selalunya hanya berkisar pada bayangan penulis sahaja. Harapnya apa yang dicita-citakan menjadi kenyataan.
Kesimpulan daripada catatan saya hari ini, dalam apa sahaja keadaan, kita mesti menetapkan satu matlamat. Barulah kita tahu apa hala tuju dan perkara yang patut dicapai. Bukankah mudah jika ada matlamat yang jelas dalam hidup daripada menetapkan satu matlamat yang kabur seperti saya ingin berjaya dalam hidup. Berjaya yang bagaimana? Setakat ini, dalam bidang penulisan saya mahu menerbitkan satu novel (sudah terbit) dan satu biografi (dalam proses). Jika kedua-duanya tercapai, maka ia memberi kepuasan bagi saya kerana dalam kekangan waktu untuk turut mencapai matlamat yang lain, saya harus sedikit selektif dan tidak terlalu ambitious (maaf, terpaksa guna B. Inggeris).
Jumpa lagi, doakan saya cepat sihat ya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan