Jika bercakap tentang harta intelek, mungkin ramai yang tidak dapat menggambarkan bagaimana sebenarnya dikatakan harta intelek atau selalu disebut sebagai IP (intellectual property) sahaja. Tetapi pastinya kita pernah mendengar tentang hak cipta, trademark, dan paten. Apakah beza ketiga-tiganya?
Hak Cipta
Hak cipta melindungi
pengkarya ke atas pengkaryaan asal. Karya ini termasuklah karya sastera, drama,
muzik, seni dan kerja-kerja intelektual lain sama ada yang telah diterbitkan
atau belum. Akta Hak Cipta 1987 pindaan 2012 melindungi pengkarya dan memberi
hak eksklusif untuk menerbitkan semula karya, melakukan kerja-kerja penerbitan
dan mengedarkannya, serta menyiarkannya kepada awam. Hak cipta melindungi
sesuatu karya dalam bentuk ekspresi. Contohnya, hak cipta sebuah novel hanya
melindungi kandungan novel tersebut. Tetapi hak ini tidak menghalang orang lain
untuk membuat ulasan tentang novel tersebut atau membacanya.
Hak cipta penulisan buku ini dipegang oleh Margaret, manakala hak cipta ilustrasi adalah kepunyaan anaknya, Su Jen. |
Trademark (cap dagangan)
Trademark ialah satu perkataan, nama, simbol atau alat yang digunakan dalam perniagaan untuk menunjukkan sumber barangan tersebut dan membezakannya daripada barangan lain. Hak trademark menghalang seseorang untuk menggunakannya untuk tujuan mengelirukan pengguna. Bagaimanapun ia tidak menghalang orang lain untuk menjual barangan atau perkhidmatan yang sama bawah trademark lain.
Logo ini adalah cap dagangan perniagaan saya. Tetapi masih belum didaftarkan sebagai trademark. |
Paten ialah hak eksklusif untuk sesebuah ciptaan baru sama ada berbentuk barangan atau proses yang memberi cara terbaru untuk menghasilkan sesuatu barangan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Paten memberi hak kepada pencipta untuk menghalang orang lain daripada membuat, menggunakan, menjual ciptaan tersebut. Contohnya jika anda berjaya membuat inovasi baru dalam teknik penyelesaian masalah matematik dengan cepat dan tepat, anda boleh mempatenkan kaedah anda itu supaya tidak ditiru oleh orang lain. Walau bagaimana pun hak paten hanya terhad kepada 20 tahun sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan