Teks: RoZida IsmAiL
Saya jarang mendapat demam. Boleh dikatakan dalam setahun, mungkin hanya sekali sahaja saya demam. Tetapi selesema dan batuk mudah menyerang. Saya tidak suka batuk kerana selalunya ia berpanjangan. Jika mengambil ubat batuk pun, masalah batuk sangat payah untuk reda. Saya tidak suka makan ubat batuk! Rasanya ramai yang tak sukakan ubat batuk. Tetapi agak pelik kerana ada juga yang ketagihan ubat batuk sehingga ia menjadi ubat kawalan dan tidak boleh dibeli di kaunter.
Baru-baru ini ketika outstation tiba-tiba tekak saya terasa perit, tanda-tanda awal untuk mendapat batuk. Saya mesti banyakkan minum air suam dan tidak mengambil air gas atau minuman sejuk berais. Saya juga membeli gula-gula untuk melegakan kerongkong. Alhamdulillah, batuk tidak ketara walaupun ada sikit-sikit. Saya selalunya mengambil supplemen Transfer Factor, 3 biji TF Advance dan 5 biji TF Plus setiap hari bagi meningkatkan daya imunisasi badan. Tetapi semasa outstation saya sengaja tidak membawanya. Pulang dari outstation, badan saya terasa agak lemah, mungkin keletihan. Hingus meleleh dan saya bersin bertalu-talu ketika mahu turun dari kapal terbang. Esoknya saya banyak berehat, tidur dan tidur kerana saya juga terpaksa makan pil selesema yang membuatkan saya begitu mengantuk. Saya juga terus mengambil Transfer Factor kerana yakin supplemen ini boleh meningkatkan imunisasi diri. Hanya dua kali makan ubat selesema dan beberapa kali menghisap gula-gula pelega kerongkong, Alhamdulillah dengan izin-Nya selesema dan batuk saya terus baik. Selalunya tidak begitu. Jika selesema, pastinya berhari-hari sehingga habis ubat yang diberi doktor dan jika batuk pula boleh makan minggu... Saya betul-betul yakin dan dapat rasakan bahawa Transfer Factor merupakan agen untuk meningkatkan daya imunisasi diri.
Dikhabarkan bahawa di Rusia, hospitalnya menggunakan Transfer Factor untuk merawat penyakit biasa seperti demam, selesema atau batuk. Mereka tidak memberikan pesakit terutamanya kanak-kanak dengan antibiotik kerana ia memberi kesan sampingan untuk jangkamasa yang panjang. Keburukan tentang antibiotik juga pernah saya dengar daripada doktor sendiri. InsyaAllah, saya akan cuba berikan anak-anak saya Transfer Factor menggantikan antibiotic. Jika anda ada pengalaman sendiri menggunakan Transfer Factor ini, bolehlah berkongsi di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan