Ahad, 9 Mac 2014

Science Girl School

Teks: Rozida Ismail

Science Girl School (SGS). Pernahkah anda mendengar nama sekolah ini? Sememangnya sekolah ini adalah sekolah baharu tetapi bangunannya adalah bekas Kolej Tuanku Khursiah (TKC), Seremban. TKC sudah beroperasi di lokasi baharu, iaitu Bandar Enstek lebih setahun yang lalu. Bangunan yang ditinggalkan itu telah diperbaiki dan kini menempatkan 169 pelajar Tingkatan 4, kesemuanya perempuan. Jika dahulu, Sekolah Dato' Abdul Razak Seremban berpindah ke bangunan baharu dan kemudian namanya digantikan dengan Sekolah Sains Seremban (Saser), kini SGS juga mengikut jejaknya. Bezanya Saser dihuni pelajar lelaki manakala SGS menempatkan pelajar perempuan sahaja. Kedua-duanya mengambil pelajar yang cemerlang ketika PMR. Maka tidak hairanlah jika Saser muncul sebagai sekolah terbaik peringkat SPM buat beberapa tahun. Harapan SGS juga ingin muncul sebagai sekolah terbaik, berentap dengan Saser. Siapa yang akan menandingi siapa, kita tunggu keputusannya dua tahun akan datang.

SGS menerima pelajar puteri sulungnya pada 25 Februari 2014. Sememangnya ia mencatat sejarah dalam bidang pendidikan. Diketuai oleh Puan Azizah Binti Musa, khabarnya juga bekas guru di TKC. Buat masa sekarang, SGS hanya mempunyai 18 orang guru sahaja.
Majlis Perasmian, dirasmikan oleh EXCO Kebajikan Negeri Sembilan, Datuk Norhayati Omar.
Pada hari pendaftaran, turut diadakan juga mesyuarat PIBG yang pertama. Oleh sebab para ibu bapa baru pertama kali hadir, pemilihan wakil ibu bapa dibuat secara sukarela sahaja. Ini memudahkan perjalanan mesyuarat. Lagipun ramai ibu bapa yang tinggal jauh sama ada di utara atau selatan Semenanjung, maka tidaklah dapat memberikan komitmen untuk selalu hadir. Bahkan hendak melawat anak di asrama juga mungkin tidak kesampaian.
Merenung lokar ... mana yang harus didahulukan? Mungkin itu yang difikirkan oleh kedua-dua anak gadis saya ini.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Puan Pengetua, dimaklumkan sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan untuk membaik pulih sekolah ini. Asrama telah siap dipasang tiles. Untunglah pelajar-pelajar ini kerana kebanyakan asrama hanya berlantaikan simen biasa sahaja. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan di sana sini dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Maklumlah, sekolah baharu tetapi bangunan lama.

Semoga anak-anak ini selesa belajar di situasi yang baharu, terutamanya bagi yang belum pernah tinggal di asrama. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Pastinya untuk menggapai impian yang tinggi bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan.

Selamat belajar pelajar SGS! Doa saya mengiringi kalian sentiasa, semoga berjaya.

7 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Yaya, subjek P. Akaun sahaja.

      Padam
  2. Saya difahamkan yang tahun ini terdapat 300 tempat yang ditawarkan di SGS. Tetapi pada 25 Feb lalu hanya ada lebih kurang 180 pelajar yang mendaftar. Jadi, masih ada banyak tempat kosong dan jika berminat, bolehlah membuat rayuan.

    BalasPadam
  3. saya teringin nk masuk ke sana sebagai tenaga pengajar, sy dr sbp mersing.

    BalasPadam
  4. Saya merupakan bekas pelajar tkc tahun 1990-1994. Terlalu byk kenangan manis yg menggamit memori sepjg belajar & membesar di sini. Bertuah para pelajar sgs dpt belajar di sekolah ini kerana bgnan lama di sini sgt unik. Kpd pelajar sgs, teruskan kecemerlangan & cipta legasi anda di sini.

    BalasPadam
  5. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Ms rozida. 2 years have passed. May i know what is the latest on this school? جزاك الله خيرا

    BalasPadam