Sabtu, 20 September 2014

Cara Tukar Sekolah Rendah

Text: Rozida Ismail
Gambar: Dari carian google

Awal tahun dahulu saya pernah menulis tentang proses untuk menukar sekolah menengah. Saya lihat entri itulah yang paling banyak hit. Ramai rupanya orang yang ingin membuat proses pertukaran sekolah. Maklum sahaja kita mempunyai seramai 5 juta pelajar di seluruh Malaysia, baik di sekolah rendah mahu pun di sekolah menengah. Namun, bagi saya proses menukar sekolah menengah lebih rumit, tidak seperti sekolah rendah yang agak mudah. Saya kongsikan di sini bagaimana menguruskan pertukaran sekolah rendah pula kerana hal ini saya alami sendiri.

Paling penting, sebelum mengisi borang pertukaran sekolah anda perlulah tahu sekolah mana yang mahu dipilih. Pertimbangkan sebijak-bijaknya dan selidiklah sekolah yang paling sesuai untuk anak anda. Saya memilih berdasarkan jarak yang dekat dengan rumah dan prestasi sekolah tersebut. Saya hanya memilih satu sekolah sahaja walaupun anda dibenarkan membuat 3 pilihan dalam borang pertukaran sekolah. Ini kerana saya hanya mahukan sekolah tersebut dan saya akan pastikan anak saya dapat memasuki sekolah tersebut walau apa cara sekali pun. Ingat, anda perlu berusaha sedaya upaya untuk memastikan apa yang dicita-citakan tercapai. Jangan patah semangat dan  carilah jalan dan mohon daripada Allah SWT supaya dipermudahkan urusan. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Jika anda benar-benar mahu, maka Allah SWT akan tunjukkan jalannya.

Kebetulan sekolah yang dipilih memang tersangat dekat, hanya perlu berjalan kaki sahaja, sampailah ke pintu belakang. Dan kebetulan sekali lagi, sekolah itu bertaraf SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi). Memang saya pernah dengar bahawa sekolah ini telah penuh dan sukar untuk memasukinya. Untuk makluman, SBT mengehadkan hanya 30 murid dalam satu kelas. Saya sudah maklum tentang hal itu, tetapi saya tetap mahukan anak saya bersekolah di situ.

Setelah menetapkan sekolah pilihan, saya ke sekolah anak saya. Di situ, anda perlu mengisi borang. Antara butir-butir yang diperlukan ialah nama anak, no surat beranak/MyKid, alamat rumah baru, alamat sekolah yang dipilih, tarikh yang dikehendaki untuk anak memulakan persekolahan di sekolah baharu dan sebab pertukaran sekolah. Kerani akan menaipkan segala butiran dan menyerahkan 4 salinan borang tersebut. Satu untuk PPD (Pejabat Pelajaran Daerah), satu untuk sekolah baharu, satu untuk sekolah lama dan satu untuk salinan ibu bapa. Borang tersebut perlu diserahkan ke PPD untuk kelulusan. Saya menulis sebab pertukaran sekolah ialah kerana berpindah. Saya telah bersedia dengan bil elektrik yang ada alamat rumah baharu, tetapi tidak diminta sebagai bukti. Sesetengah sekolah/PPD memerlukan bil tersebut untuk bukti sokongan.

Perkara pertama yang perlu dibuat ialah menyerahkan borang tersebut ke PPD. Urusan agak mudah kerana sekolah lama dan sekolah baharu berada bawah pentadbiran PPD yang sama. (Alhamdulillah, sekali ini saya tidak sesat kerana pernah ke PPD sebelum ini.. kan itu hikmahnya!). Namun apabila disemak oleh PPD, sekolah yang dipohon telah penuh. Saya perlu mendapatkan sokongan Guru Besar  sekolah baharu untuk membolehkan permohonan saya diluluskan. Ketika saya menelefon sekolah baharu, PK HEM yang menguruskan pertukaran sekolah tidak dapat menerima permohonan saya atas alasan kelas telah penuh. Namun saya tidak berputus asa, saya cuba menemui Guru Besar untuk mendapatkan tempat. Mereka meneliti laporan pelajaran anak saya dan berpuas hati dengan pencapaian gred A. Nasihat saya, bawalah apa sahaja laporan sekolah, sijil-sijil anak untuk dipertimbangkan. Jika anak anda ada potensi mengharumkan nama sekolah, pastinya ada tempat untuknya di situ. Atas perbincangan, anak saya diterima masuk dengan syarat saya juga memberi sumbangan kepada sekolah dengan menjadi anggota PIBG sekolah tersebut. Itu memang bukan satu masalah kerana saya juga anggota PIBG sekolah. (Tip di sini: jangan  kedekut beri sumbangan kepada sekolah! Barulah orang akan nampak anda). Alhamdulillah, Guru Besar meluluskan permohonan saya dan saya terus ke PPD untuk menyerahkan borang tersebut. PPD menandatangani borang-borang tersebut dan setiap borang perlu dihantar ke sekolah-sekolah terlibat untuk rekod. Saya juga diminta menulis rekod anak ke dalam 'Buku Besar' sekolah baharu, bermakna anak telah didaftarkan ke sekolah baharu.

Sebenarnya, jika tidak kerana sekolah baharu yang dipilih telah penuh, urusan pertukaran antara sekolah bawah PPD yang sama sangat mudah. Mungkin dalam satu hari sahaja boleh selesai. Tahun depan bermulalah tugas saya sebagai AJK PIBG sekolah rendah pula .. :)


Psst:  bagi mereka yang ingin merujuk proses pertukaran sekolah menengah, sila klik di sini.


35 ulasan:

  1. terima kasih. tips yang sangat berguna.

    BalasPadam
  2. Macamana permohonan pertukaran penempatan darjah satu. Rayuan dah pun ditolak oleh jab pendidikan. Ada cara lain x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon maaf En Baham Bahim. Saya hanya berkongsi pengalaman yang saya lalui sahaja. Berbincanglah dengan Guru Besar dulu, mungkin dia boleh tolong.

      Padam
  3. Hi Rozida jika permohonan ditolak atas sebab sekolah sudah penuh, Boleh Puan berkongsi apakah sebab atau alasan yang digunakan untuk jumpa Guru Besar di sekolah baharu untuk berbincang?Biasanya dia tidak akan layan dan langsung tidak ada peluang hendak jumpa dia. Saya baru saja membuat permohonan tukar sekolah menengah untuk anak saya dan sedang menunggu surat daripada PPD.Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Michelle, pertukaran sekolah selalunya diuruskan oleh PK HEM. Berbincanglah dengan dia dahulu dan insist untuk jumpa Guru Besar sekiranya alasan puan untuk buat pertukaran sekolah sangat valid. Dalam kes saya, PK HEM memaklumkan sekolah hanya ada kekosongan pada awal tahun. Tetapi saya insist untuk masukkan anak saya pada hujung tahun dan kebetulan Guru Besar ada ketika itu. Jadi murid hanya terlebih 1 orang dalam tempoh 1 setengah bulan sahaja. TQ kerana membaca blog saya.

    BalasPadam
  5. salam pn, bagaimana pula urusan di sekolah lama? Apa yg perlu berdasarkan pengalaman pn..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, entry puan yg pertama saya goggle utk pertukaran sekolah anak... terima kasih dgn info puan...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, entry puan yg pertama saya goggle utk pertukaran sekolah anak... terima kasih dgn info puan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Semoga ia dapat membantu puan.

      Padam
  8. Salam pn, anak dibawah jagaan saya tidak dapat surat kebenaran dr sekolah lama untuk pindah ke sekolah baru disebabkan tidak mendapat kebenaran dari bapa. bagaimana cara untuk anak2 di bawah jagaan saya untuk bersekolah di sekolah jenis bantuan kerajaan yg lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya harap masalah pn dah selesai. Saya tak pasti ttg prosedur kes begini. Pn rujuk PPD utk option penyelesaian.

      Padam
  9. mcm mana pula kalau sy(tingkatan 5) dpd sbp mahu ke sekolah kluster??adakah prosesnya sama sahaja?berapa lamakah tempohn utk berpindah sekolah?

    BalasPadam
  10. Kenapa adik nak bertukar sekolah sedangkan adik sudah berada di sekolah yang terbaik. Setahu saya jika di tingkatan 5, nama adik telah didaftarkan utk ambil SPM di sek tersebut. Jika bertukar pun, adik dimestikan untuk mengambil peperiksaan di sbp tersebut. Berbincanglah dengan Pengetua dan guru kaunseling sekolah dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya da x boleh nak blajar bahasa arab.sy da cuba sedaya upaya tapi x lepas jugak..selalu fail..sy ada masalah utk belajar di sbp sbb blajar terlalu laju.sy ada tanya kwn2 yg da berpindah keluar,mereka kata bahawa pembelajaran di smk lebih faham berbanding di sbp kerana gurunya tahu cara untuk mengajar pelajar2 yg lemah seperti kami.sy juga tidak tahan mendengar tohmahan dpd guru2 yg menganggap sy sebagai plajar yg lemah dan tak mampu untuk berjaya...

      Padam
  11. salam..boleh saya tahu ada contoh surat sokongan tak semasa membuat pertukaran sekolah.

    BalasPadam
  12. Salam ..saya nak tukar sekolah anak ke tempat baru dan jauh dari tempat lama...masalahnya saya kena pergi balik ke tempat lama untuk batalkan sekolah situ dan pergi ke PPD lagi😥😥😥...tak salah cara lain secara online ke untuk pembatalan sekolah..seperti permohonan masuk sekolah secara online...???

    BalasPadam
  13. Askum sy nak tnya lah ada x kat sini tahu...sy ada mslh mcm ni sy dah wat pendaftaran sekolah anak sy ke tmpt lain...lepas tu skrg ni sy ada mslh yg sy x dpt nak sklh kan ank sy ke tmpt tu...sy nak tnya blh ke kalau sy wat pendaftaran blk untuk ke sekolah lain...blh ke kalau sy buat mcm tu

    BalasPadam
  14. Thanks for info. Sy dlm proses tukar sekolah anak2 dari setapak ke gombak. Harap2 dipermudahkan.

    BalasPadam
  15. thanks u...sy berhasrat untuk mengambil ank yang berada di kampung untuk disekolahkan di putrajaya.tengah berusaha untuk mencari alasan yg kukuh utk dimasukkan ke sekolah d putrajaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sekarang mcm tu masalah..bole bantu ka

      Padam
  16. Salam. Terima kasih atas perkongsian. Boleh saya tahu di mana nak dapat borang pertukaran sekolah? Ada disediakan di sekolah yang ingin dipohon atau boleh download dari mana-mana link?

    Dan, memandangkan saya pun ingin memohon ke sekolah berprestasi tinggi, boleh saya tahu anak Puan perlu ambil apa-apa ujian sebelum masuk ke sekolah baru?

    Terima kasih atas nasihat. :)

    BalasPadam
  17. Asslmualaikum sy nak tanye kalau anak sy setahun x bersekolah pada tahun ni...boleh ke daftar mcm biase

    BalasPadam
  18. Salam.anak sy skrg belajar d sek swasta dlm tahun 2. Sy bercadang ingin menukarkannya pada tahun hadapan. Jadi bgaimna prosesnya? Adakah pergi ke jpn/ppd dahulu utk daftar atau perlu dptkan surat berhenti sekolah dahulu dan kmudian baru berurusan dgn jpn dan ppd negeri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sedang berurusan dgn situasi yang sana (swasta ke sekolah kerajaan). Borang boleh diambil di PPD (atau download -
      Search Borang SR/KSLP) dan perlu dihantar ke JPN Negeri.

      Dalam borang ada senarai dokumen yg perlu disahkan terlebih dahulu sebelum dihantar.

      PPD tidak menguruskan proses pertukaran ini.

      Padam
  19. Salam.anak sy skrg belajar d sek swasta dlm tahun 2. Sy bercadang ingin menukarkannya pada tahun hadapan. Jadi bgaimna prosesnya? Adakah pergi ke jpn/ppd dahulu utk daftar atau perlu dptkan surat berhenti sekolah dahulu dan kmudian baru berurusan dgn jpn dan ppd negeri?

    BalasPadam
  20. salam, bagaimana nak uruskan pertukaran sekolah rendah tahun 1. rayuan saya sebelum ini gagal.

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum pn. Penukaran sekolah untuk budak pra sekolah 6 tahun boleh dibuat ke? Atas alasan sekolah itu dekat dengan rumah.
    Tapi masa pergi sekolah itu kerani cakap x boleh mohon dah sekolah ini kerana permohonan kemasukan pra sekolah 6 tahun sudah tamat.
    Macam mana tu?

    BalasPadam
  22. Terima kasih bg tip nya,sy nak tanya klu nk pindah sekolah.. Dri negeri selangor ke negeri johor mcm mana pula ye??

    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. Sekarang saya sedang menggalami masalah yang sama. Saya telah pn menghantar borang pertukaran sekolah dari sek lama ( Tahun 1 ) untuk ke sek baru. Saya telah pun menghantar borang tersebut pada 12 Jan 21 dan sehingga kini pada tarikh 26 Jan 21 PPD Timur laut masih belum menghubungi saya. Pada 20 Jan 21 saya juga telah ke PPD tersebut untuk memeriksa status pertukaran untuk anak saya. Malangnya borang masih berada di tangan pegawai, kerani tersebut tidak dapat berbuat apa-apa. Dan pada hari ini juga 26 Jan 21 saya telah menghubungi PPD tersebut untuk mengetahui status permohonan saya, dan sekali lagi kerani terbabit menyatakan masih belum ada keputusan dan perlu menunggu panggilan dari PPD Timur Laut hari ini atau keesokan harinya pulau. Khamis cuti Thaipusam plak. Adoiii anak sudah banyak hari ketinggalan pelajaran melalui on9. Sekian luahan saya

    BalasPadam