Isnin, 18 November 2013

Cara Menguruskan Pertukaran Sekolah

Teks: Rozida Ismail

Pengalaman ini mungkin berguna bagi ibu bapa yang hendak mendaftarkan anaknya untuk memasuki sekolah menengah. Sebelum cuti sekolah bermula, anak-anak yang berada di Tahun 6 diberikan oleh guru masing-masing borang penempatan sekolah menengah. Ibu bapa perlu mengisi borang tersebut, memilih sekolah yang berdekatan dengan rumah atau mengikut keutamaan masing-masing, dan mengembalikan borang tersebut kepada pihak sekolah. Kemudian, surat tawaran penempatan akan diberikan kepada ibu bapa, juga melalui anak-anak. Ibu bapa perlu mendaftarkan penempatan sekolah menengah di sekolah yang dipilih dalam tempoh 2 minggu, iaitu seminggu sebelum dan selepas sekolah mula bercuti. Tempoh ini mungkin berbeza mengikut daerah atau negeri. Perkara yang perlu dibawa (dinyatakan dalam surat) ialah salinan surat beranak atau kad pengenalan murid serta salinan slip menduduki peperiksaan UPSR atau slip keputusan UPSR. Murid juga perlu hadir dengan pakaian sekolah. Walau bagaimanapun, ketika hadir untuk mendaftar anak saya tidak memakai seragam sekolah, malahan jika tidak membawa anak pun tidak mengapa. Saya musykil juga sebenarnya dengan tujuan meminta anak hadir dengan pakaian sekolah. Pendaftaran begitu mudah, tidak sampai 5 minit. Yang diambil cuma salinan keputusan UPSR (berguna untuk penempatan kelas). Salinan surat beranak dikembalikan semula. Kemudian, kerani akan memberi surat makluman panggilan untuk pendaftaran Tingkatan 1 ketika sekolah hampir dibuka kelak. Selesailah sudah pendaftaran tersebut.

Saya kemudiannya bergerak ke sekolah rendah agama anak saya untuk mengambil sijil-sijil berkaitan. Ketika berbual dengan guru agama anak saya, dimaklumkan bahawa sekolah menengah yang saya pilih tidak mempunyai aliran agama (untuk Kelas Rancangan Khas). Sebaliknya, ada sekolah menengah kebangsaan yang berhampiran menawarkan kelas tersebut. Oleh sebab keputusan UPSR dan peperiksaan kelas agama anak saya sangat baik dan kecenderungannya adalah dalam bidang agama, maka saya membuat keputusan untuk menukarkan sekolahnya pada hari yang sama. Saya kembali ke sekolah menengah tersebut untuk memaklumkan tentang pertukaran yang ingin dibuat. Saya diminta mengisi borang dan menyatakan sebabnya.         Kerani menaip segala butiran dan borang dicetak 3 salinan. Selepas ditandatangani oleh Pengetua dan saya, saya diminta ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk menghantar permohonan tersebut. Bergegaslah pula saya mencari PPD yang tidak dapat dikesan oleh GPS kereta saya (mungkin sebab GPS tidak diupdate...). Selepas hampir 40 minit mencari (dengan bantuan peta di handphone) akhirnya saya berjumpa dengan PPD tersebut. Baru sahaja hendak memasuki perkarangan PPD, saya dihubungi kerani sekolah memaklumkan bahawa saya tidak perlu ke PPD, tetapi hanya menghantar semula borang tersebut dengan salinan-salinan dokumen yang dikehendaki ke sekolah. Sekolah akan menguruskan penghantaran permohonan pertukaran secara berkelompok. Hmm ... tak apalah, kena berfikiran positif! Sekurang-kurangnya selepas ini saya tahu di mana duduknya PPD di tempat saya ini :)

Nasihat saya, jika anda ingin mendaftarkan anak di sekolah menengah, semak dahulu aliran yang ditawarkan di sekolah tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat pendaftaran tanpa perlu menguruskan pertukaran sekolah seperti saya. Jika terpaksa menukar sekolah, sediakan dokumen-dokumen sokongan yang berikut:
Maaf, visual kurang jelas.

15 ulasan:

  1. Lain kali sila buat point form... kalau betul la nak membantu.
    Anyway thank u.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama je cikgu.. Kat sekolah ko ngajar pakai point form je ke? Kalau x pakai point form x dikira membantu ke? Bangang punya cikgu mcm tu

      Padam
  2. tq. amat bermanafaat. abaikan teguran yg kurg berhemah. semoga dpermudahkan segala urusan bg mereka yg emerlukan. amin.

    BalasPadam
  3. Boleh tau anak pn Rozida darjah berapa?

    BalasPadam
  4. tahun ni sistem pertukaran dah berubah. pertukaran dalam negeri yang sama tidak akan diproses.means budak kena sek dulu di sek menengah yang dipilih dalam feeder. selepas 18/1/2016 baru kementerian akan buka semula permohonan untuk pertukaran. melainkan pertukaran berlainan negeri akan diproses segera jadi budak akan lapor diri terus 4/1/2016 nti.sob..sob..anak saya kena sk dulu di sek feeder..18/1 baru mohon semula untuk pertukaran. Alasan jabatan untuk mengetahui kekosongan yang ada pada sek yang kita pilih.awal tahun baru dpt tau ada kosong or tisak

    BalasPadam
  5. tahun ni sistem pertukaran dah berubah. pertukaran dalam negeri yang sama tidak akan diproses.means budak kena sek dulu di sek menengah yang dipilih dalam feeder. selepas 18/1/2016 baru kementerian akan buka semula permohonan untuk pertukaran. melainkan pertukaran berlainan negeri akan diproses segera jadi budak akan lapor diri terus 4/1/2016 nti.sob..sob..anak saya kena sk dulu di sek feeder..18/1 baru mohon semula untuk pertukaran. Alasan jabatan untuk mengetahui kekosongan yang ada pada sek yang kita pilih.awal tahun baru dpt tau ada kosong or tisak

    BalasPadam
  6. Tips panduan yang membantu. Terima kasih

    BalasPadam
  7. Mohon bantuan..
    Saya nak tukarkan anak saya dari vokasional ke sekolah harian...ada sesiapa boleh bantu saya?

    BalasPadam
  8. Salam. Puan ada contoh surat rayuan pertukaran sekolahnya tak?

    BalasPadam
  9. Salam. Bagaimana nak nak buat surat mohon sekolah sementara/ menumpang. Disebabkan saya akan bersalin tak lama lagi. Memandangkan suami tidak dpt menjaga serta mengurus anak. Makanya saya nak anak disekolah ditempat dimana kampung saya juga. Anak masih sekolah rendah . Ada sesiapa boleh bantu?
    Mohon memberi pandangan serta tindakan yang harus saya lakukan.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  10. Salam. Bagaimana nak nak buat surat mohon sekolah sementara/ menumpang. Disebabkan saya akan bersalin tak lama lagi. Memandangkan suami tidak dpt menjaga serta mengurus anak. Makanya saya nak anak disekolah ditempat dimana kampung saya juga. Anak masih sekolah rendah . Ada sesiapa boleh bantu?
    Mohon memberi pandangan serta tindakan yang harus saya lakukan.
    Terima kasih.

    BalasPadam