Selasa, 13 Mei 2014

Bangkit Menulis!

Teks: Rozida Ismail

Sekian lama tidak melaporkan apa-apa (walaupun telah bersusun draf yang hendak diterbitkan), akhirnya saya akan menerbitkan cerita ini ... ya tentang program Bangkit Menulis yang saya anjurkan bersama sahabat saya, June Writer. Kolaborasi itu terjadi hanya tiba-tiba. Saya melihat tulisan-tulisannya di facebook agak berlainan dan menarik. Kebetulan kami sama-sama berguru dengan Dato Roslan Abd Hamid dalam Speaker's Academy dan NLP & Persuasion bawah Azzam Sabtu. Sebelum itu, kami menyertai Train The Trainer Dr Azizan Osman. Sebegitu banyak ilmu dicari dan wang dilaburkan, maka sudah sampai masanya saya mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari. Akhirnya kami sepakat untuk menjalankan program Bangkit Menulis pada Sabtu 10 Mei 2014 yang lepas.

Asalnya hanya 9 item ingin dikongsi dalam masa lebih kurang 7 jam. Namun, dengan semangat yang ditunjukkan oleh peserta, banyak lagi ilmu yang telah dikongsi termasuk pemasaran karya.
Pada mulanya 20 peserta mendaftar dan 20 lagi dalam senarai menunggu. Pada hari yang sama juga sekolah ganti diadakan. Ini adalah cabaran untuk kami kerana ada antara peserta adalah guru dan pelajar sekolah. Alhamdulillah, seramai 16 peserta dapat hadir dan masing-masing begitu bersemangat untuk menulis. Antara yang hadir ialah profesional seperti doktor, pakar IT, ahli muzik, engineer dan sebagainya.

Apa yang boleh saya katakan, Bangkit Menulis memberi satu pendekatan berlainan untuk menjadi penulis luar biasa melalui teknik obsesi. Keupayaan peserta menukar stail penulisan dapat dilihat dalam status facebook masing-masing dengan ayat-ayat avant garde.

Yang pasti, sehingga hari ini masih banyak pertanyaan untuk menyertai program ini bukan sahaja dari Malaysia malahan kami turut mendapat undangan dari Singapura juga. InsyaAllah, Bangkit Menulis II akan kembali tidak lama lagi dengan tambahan ilmu baru kerana setiap hari adalah hari untuk belajar.

2 ulasan:

  1. Salam perkenalan Sis, saya baru terjumpa entri ni. Teringin juga nak mencungkil bakat dan menghadiri bengkel penulisan. Boleh saya tahu bila akan diadakan Bangkit Menulis II? atau mungkin sis tahu jika ada bengkel lain yang bersesuaian untuk saya? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, jika ada saya akan maklumkan. Sis berminat nak tulis buku apa?

      Padam