Isnin, 1 Julai 2013

Kursus Penulisan Kreatif Pelajar SBP Zon Selatan, Cyberjaya dan Putrajaya



Sekadar membuat catatan walaupun peristiwa ini telah lebih 6 bulan berlalu. Pada 4 - 6 Nov 2012, Majlis Pengetua SBP Kebangsaan telah menganjurkan Bengkel Penulisan Kreatif untuk pelajar SBP Zon Selatan, Cyberjaya dan Putrajaya bertempat di SMS Batu Pahat. Seramai 45 pelajar mendapat manfaat dan pendedahan penulisan cerpen, novel dan puisi daripada sifu bidang penulisan kreatif iaitu Prof Madya Dr Lim Swee Tin dan Hajah Mahaya Mohd Yassin.


Merakam kenangan dengan Sifu 
Pada hari terakhir pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan bekerjasama untuk menghasilkan puisi dan cerpen mereka sendiri.




Persembahan kumpulan Meskipun sederhana, majlis perasmian penutup berjalan dengan meriah. Walaupun SMS Batu Pahat baru sahaja beberapa bulan dibuka, namun pelajarnya mampu mempersembahkan permainan gamelan dan tarian Jepun. Tahniah kepada para pelajarnya dan semua pelajar SBP yang terpilih untuk menghadiri bengkel ini. Semoga terus kreatif berkarya.
Lompat dik! Semangat sungguh pelajar SMS Batu Pahat ini
mempersembahkan tarian Jepun mereka.

Kumpulan Gamelan SMS Batu Pahat





Tiada ulasan:

Catat Ulasan